Menu

1. kawalan kualiti dan pemantauan. Etika dan

1.         PENDAHULUAN

 

Program Transformasi 15
to 5 Plan TLDM adalah satu rancangan baru oleh TLDM yang bertujuan untuk mengurangkan kelas kapal dalam perkhidmatan mereka daripada
15 kelas kepada 5 kelas sahaja. Program ini
bertujuan memantap dan menguatkan armada di samping mengurangkan kos sepenuhnya
terangkum bukan sahaja pengurangan kelas, tidak bermakna akan berkurangnya
kapal sebaliknya akan lebih banyak kapal akan diperolehi untuk sesuatu
kelas tersebut. Objektif plan ini ialah supaya memudahkan pengoperasian
logistik dan penyelenggaraan kapal dalam perkhidmatan TLDM bagi meningkatkan
produktiviti dalam perlaksanaan tersebut kerana banyak penjimatan dapat
dilakukan berbanding 15 kelas kapal yang berbeza. Ketika ini terdapat 15 kelas
kapal dalam TLDM iaitu Littoral Combat
ship (LCS), Frigate Kelas Lekiu, FAC Kelas Pertama, FAC Kelas Handalan, Mines Counter Measure Vessel (MCMV), Multi-pupose Command and Support Ship (MPCSS),
Kapal Selam Scorpene, Auxiliarty Ship
BM5, Kapal Hidrografi, Fast Transport Vessel, Kapal latihan KD HANG TUAH dan Kapal
Latihan Kelas Samudera.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

2.         PENGKELASAN KAPAL

 

Di negara-negara maju,
konsep pengelasan kapal membolehkan penyelenggaraan kapal dijalankan
berdasarkan standard yang ditetapkan
untuk kelas tersebut. Konsep untuk perkhidmatan kepada 5 kelas sahaja adalah
bagi memperkasakan lagi sesebuah organisasi berdasarkan infrastruktur bagi
memastikan perkhidmatan dalam TLDM dapat dimantapkan lagi. Oleh itu untuk 5
kelas kapal yang dirancang tersebut terdiri daripada 12 buah LCS Gowind-Class, 18 buah NGPV Kedah-Class, 18 buah Littoral Mision Ship (LMS), 3 buah Multi-role Support Ship (MRSS),
dan 4 buah kapal selam Scorpene-class.
Perlaksanaan akan memudahkan dan dapat mengurangkan 15 kelas tersebut. Pada
ketika ini, 6 buah kelompok pertama LCS Gowind-class
dalam pembinaan, 6 buah NGPV Kedah-class dalam perkhidmatan, 4 buah LMS telah
dipesan dan dalam penilaian akhir untuk reka bentuk dan spesifikasi, 3 buah
MRSS masih dan sedang dicari dan dalam penilaian, dan 2 buah kapal selam
Scorpene-class dalam perkhidmatan. Prosedur yang baik dapat melicinkan
perlaksanaa ’15 to 5′ agar anggota TLDM menjalankan tugas secara cekap, teratur
dan tepat disamping kawalan kualiti dan pemantauan. Etika dan Integriti yang tersebut
perlu dipatuhi.

 

2.1       Littoral Combat Ship

 

Seterusnya mengenai kelompok kelas kedua LCS.
LCS adalah tulang belakang tempur armada. Dengan pengenalan sehingga 6 buah LCS
dalam 7 tahun akan datang, ia bakal melonjakkan daya dan kuasa tempur peperangan
4 dimensi TLDM secara trampil yang mana pada masa sekarang tugasan digalas 2
frigate (KD LEKIU dan KD JEBAT) dan 2 light
frigate (KD KASTURI dan KD LEKIR). Tumpuan LCS adalah peperangan aras
permukaan dan peperangan bawah permukaan yang akan melibatkan penggunaan system
peluru berpandu anti – kapal dan torpedo generasi baru, lengkap dengan fasiliti
penderiaan sonar serta unit helikopter organik bagi tujuan penugasan dua
dimensi peperangan tersebut. Peperangan anti – udara dan peperangan elektronik juga
merupakan focus utama LCS selain keupayaan berperang permukaan ini yang bakal
memperlihatkan lebih banyak tumpuan kepada operasi sekitar kawasan persisiran
pantai serta kawasan perairan dalam zon eksklusif ekonomi yang menjadi kawasan
berkepentingan negara. Secara asasnya LCS bakal meningkatkan tahap kehadiran
kita di kawasan perairan negara yang berkepentingan dari ancaman musuh seperti
pencerobohan yang bersifat ketenteraan, keselamatan laluan perkapalan, ancaman
jenayah dan tindakan keganasan rentas sempadan, perlanunan dan ancaman
konvensional serantau yang lebih serius serta mengukuhkan tuntutan ke atas
kawasan perairan bertindih dengan negara serantau di Laut China Selatan.

 

Jika sekiranya 6 kelompok pertama akan
menjadi multipurpose frigate, tidak
keterlaluan jika kita sarankan TLDM untuk menambahkan sehingga 3 LCS dengan
tugasan Area Air Defence yang lebih
ampuh serta persenjataan anti – pesawat seperti penggunaa sistem VLS Sylver
dengan peluru berpandu Aster 15/30 serta radar pengesanan sasaran udara yang
lebih berkemampuan seperti yang terdapat pada kapal FREDA angkatan Laut
Francis. Area Air Defence dilihat
sangat kritikal dalam senario serantau yang memperlihatkan armada terdedah
kepada ancaman Stand Off Weapon dari
pesawat tempur dan pesawat pengebom yang mampu membawa peluru berpandu Cruise jarak jauh dan Sea Skimming Anti Ship Missile. Tetapi
dengan adanya Area Air Defence Capability
tumpuan armada Surface Warfighting
dan Sub Surface Warfighting akan
menjadi lebih baik serta terampil dimana kombatan akan lebih focus pada tugasan
tertentu. Gandingan Combat Air Patrol
dari TUDM serta Maritime Strike Capability
yang sekarang sangat mantap pada saat aset pesawat tempur TUDM dapat juga
ditingkatkan lagi dengan adanya area air
defence frigate yang bertindak sebagai platform kawalan dan amaran awal
yang membolehkan pesawat tersebut melaksanakan serangan atau serangan balas
sama ada secara stand off mahupun
secara berhadapan. Laporan oleh Reuters
ada menyebut tentang perbincangan antara pihak TLDM dengan DCNS mengenai reka
bentuk saiz LCS yang lebih besar, namun apa yang dapat dilihat, walaupun
perbincangan tersebut cuma berkisar ‘ saiz lebih besar’ kita yakin bahawa kelompok
LCS akan tetap menggunakan reka bentuk Gowind-Class
sama seperti kelompok pertama LCS yang dalam pembinaan ketika ini. Walaupun
perbincangan telah dilakukan, tetapi pihak TLDM yakin bahawa batch kedua LCS
tidak akan ditempatkan dalam masa terdekat sebaliknya berkemungkinan ia hanya
akan ditempah selepas selesai pembinaan kelompok pertama LCS atau mungkin dalam
Rancangan Malaysia (RMK) yang akan datang.

 

2.2       New Generation Patrol Vessel

 

Mengenai NGPV pula, Panglima Tentera Laut
(PTL) ada menyebut tentang kemahuan TLDM untuk mendapatkan kelompok seterusnya
Kedah-Class yang dipertingkat. Kelompok seterusnya ini masih menggunakan Platform Meko 100. Antara rancangan
Kedah-Class yang dipertingkatkan ini ialah untuk meletakkan keupayaan NGPV
tersebut agar boleh melakukan peperangan 2 deminsi berbanding hanya 1 deminsi
sahaja ketika ini (persenjataan utama hanya menggunakan meriam utama 76MM).
Kapal Kedah-class akan mempunyai keupayaan persenjataan peluru berpandu anti-kapal
dan permukaan ke udara manakala ada juga kapal yang mempunyai keupayaan
peperangan permukaan (anti kapal selam). Peningkatan ini supaya tempur NGPV
adalah satu keperluan yang sudah lama disuarakan dan ia perlu dilaksanakan
dengan apa cara sekalipun. Jika NGPV dinaiktaraf persenjataan dan pembinaan
jumlah NGPV dapat dilaksanakan dengan mencontohi program Frigate Anzac Class Frigate yang diterajui oleh Australia dan New
Zealand dimana pada awalnya kesemua Anzac
Class Frigate adalah kapal Fitted For
But Not With, tetapi diberikan taring persenjataan perang secara
berperingkat melalui program Warfighting
Improvement Programe pada tahun 1996 yang memperlihatkan kapal frigate Anzac Australia dinaiktaraf
dengan penambahan sistem peluru berpandu anti-kapal dan sistem peluru anti
pesawat yang lebih berkemampuan dilengkapi radar Phase Array dan penderia berkaitan. Contoh Anzac ini dapat diteladani TLDM terutamanya pada NGPV dimana
tumpuan dapat diberikan dan dinaiktaraf serta sistem Sonar Hull Mounted mahupun Towed
Sonar dan juga kelengkapan persenjataan torpedo dan senjata kapal selam
yang berkaitan bagi fasa pertama dan diikuti melengkapi NGPV yang mempunyai
system pertahanan udara bagi tujuan Point
Defence serta penempatan helikopter organik anti kapal selam. Kesemua ini
dapat di buat secara berfasa dan bersifat kitaran, sebagai contoh 2 kapal kelompok
pertama akan menjalani Phase 1 Upgrade
(Hull Mounted Sonar, Towed Sonar Array, ASW Fighting Suit, Torpedo
Mount) diikuti kelompok 2 dan 3. Kelompok 3 akan menjadi Phase 1a Upgrade bagi naik taraf
persenjataan untuk ASUW. Bagi kelompok 6 NGPV baru, kitaran sama seperti diatas
dapat diguanapakai berulangkali dan jika ianya diteladani dan diikuti dengan
baik TLDM hanya akan mempunyai 2 NGPV berada digalangan manakala selebihnya
beroperasi dilaut. Ini adalah salah satu kelebihan Streamlining Of The Fleet dimana penggunaan kelas  kapal yang sama akan mengurangkan tahap
kesukaran logistik dengan mewujudkan Commonality
Across The Fleet dari segi persenjataan penderiaan dan penyelenggaraan.

 

2.4       Littoral Mission Ship

 

Manakala LMS pula akan mengambil alih peranan
FAC, MCMV, Hidrografi serta melakukan misi lain seperti bantuan bencana,
mencari dan menyelamat, pengumpulan maklumat keselamatan dan termasuklah
keupayaan untuk membawa peluru berpandu anti kapal jika diperlukan. Jadi ini
bermakna bukan kesemua 18 buah kapal LMS yang dirancang dalam perkhidmatan itu
akan melaksanakan misi dan tugas yang sama sebaliknya kapal-kapal tersebut
mempunyai system dan tugasan yang berbeza namun masih juga menggunakan satu
jenis reka bentuk platform yang sama. Sebagai contoh LMS yang akan dibina nanti
boleh dibina sedemikan rupa dengan geladak yang boleh menempatkan modul kontena
yang menjadi ruang kawalan misi pemusnahan ranjau laut lengkap dengan ROV atau
USV, kelengkapan seperti Compression Chamber
dan Diving Bell bagi kegunaan
penyelam atau tujuan rondaan pesisir modul tersebut di tukar ganti dengan modul
kawalan untuk UAV, pos pemerintahan lengkap dengan penderia seperti alat
pandangan Elektro Optronik dan bot
laju bagi tujuan Boarding. Penggunaan
konsep Single Type Multirole Tasking
ini memudahkan pembinaan kapal yang mana membezakan satu LMS dengan LMS yang
lain hanyalah modul misi yang ditetapkan dan dilengkapkan padanya justeru
mematuhi kehendak steamlining armada
TLDM. Pihak TLDM mementingkan kualiti daripada kuantiti agar aset TLDM adalah
terbaik untuk mencapai kecemerlangan menuju wawasan negara dan dimata dunia.
berinteraksi dengan rakan dan individu dalam menjalankan tugasan mereka.
Peranan ini seterusnya dapat memantapkan institusi keluarga yang mencerminkan
daya tahan intitusi keluarga dan kehidupan keluarga bahagia melalui mengurangan
kadar konflik keluarga, pengurangan kadar penderaan dan pengurangan kes
pengabaian warga tua sebagai petunjuk yang membawa kepada peningkatan kualiti
hidup dan kesejahteraan masyarakat.

 

2.4       Scorpene

 

Mengenai kapal selam, dua buah lagi Scorpene-class baru diperlukan untuk
memikul beban operasi dan dua buah Scorpene yang ada dalam perkhidmatan TLDM
ketika ini. Sama ada batch kedua Scorpene ini akan dipesan dengan peningkatan
upaya seperti penambahan sistem Air-Independent
Propulsion (AIP), masih belum dapat dipastikan lagi. Namun jika penambahan
AIP ini di pertingkatkan, ianya mampu memanjangkan lagi jangka masa operasi
selaman bagi sesebuah kapal selam.

 

2.5       Multi Role Support Ship

 

Seterusnya, bagi MRSS pula adalah penting
untuk tugasan logistik dan juga keupayaan bagi melakukan serangan amfibia. MRSS
adalah amat diperlukan dalam tugasan bagi penghantaran logistik antara
semenanjung dan kepulauan Borneo seperti Sabah dan Sarawak juga bagi
menggantikan dua buah MPCSS yang semakin berusia. Pada ketika ini, TLDM hanya
menggunakan MPCSS KD SRI INDERA SAKTI yang telah 37 Tahun dan KD MAHAWANGSA
yang juga telah berusia 34 tahun. Kedua-dua usia kapal tersebut merupakan tahap
tempoh operasi yang amat tinggi dan usia yang semakin meningkat oleh kedua-dua
kapal ini telah menyebabkan kos operasi dan penyelenggaraan semakin tinggi.

 

3.         TRANSFORMASI

 

Semua perkara-perkara
yang dibincangkan di atas menggambarkan betapa pentingnya Program Transformasi
’15 to 5′ kepada pentadbiran dan organisasi dalam TLDM. ’15 to 5′ merupakan
satu jalan ke arah mencapai wawasan negara untuk meningkatkan Malaysia menjadi
sebuah negara maju sepenuhnya, bukan sahaja dalam bidang ekonomi, tetapi juga
politik, sosial, kerohanian, psikologi serta perpaduan nasional. Transformasi
ini akan membolehkan TLDM memilik armada yang kuat dan berkeupayaan dalam masa singkat
serta lebih efektif dari segi kos penyelenggaraan untuk terus berdaya tahan.
Kerjasama dan persefahaman yang wujud antara TLDM dan tentera laut negara serantau
sentiasa di perkukuhkan melalui program dua hala dan yang dianjurkan dari semasa
ke semasa. Manakala perhubungan antara TLDM dengan masyarakat umum pula
diperkukuhkan melalui Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang sedang
rancak dijalankan ketika ini. Kerjasama inilah yang akan memastikan keselamatan
dan kedaulatan di perairan negara sentiasa terpelihara. Sehubungan itu, Program
Tranformasi ’15 to 5′ adalah satu langkah progresif TLDM dalam membentuk semula
angkatan laut Negara dengan penyelenggaraan dan penyusunan semula armada. Ianya
boleh dilaksanakan dan logik secara realitinya. TLDM di satu ketika, merupakan
sebuah pasukan tentera laut yang termoden dengan kelengkapan dan aset-aset yang
canggih pada masa itu.

 

PENUTUP

 

Kita sedia maklum bahawa
Malaysia mempunyai banyak limbungan yang berkeupayaan malah tidak dilupakan
juga limbungan yang terdapat dengan banyaknya di Sarawak seperti Sarawak
Slipways, Nam Cheong dan Shin Yang dimana kesemuanya mampu mengendalikan dan
membina kapal – kapal dagang. Apa yang diperlukan adalah limbungan – limbungan
ini untuk buck up dan get to another level dari segi kualiti
kerja, naik taraf fasilitas, serta meningkatkan tahap professional pekerja
limbungan. Ini sesuai dengan kenyataan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia
kita yang mana untuk Program Transformasi ’15 to 5′ menjadi realiti ia
memerlukan penglibatan dan perubahan mindset
pemain. Diharapkan Program Transformasi ’15 to 5′ akan terlaksana dan ia
bakal memberikan TLDM keupayaan tempur yang lebih trampil.

x

Hi!
I'm Viola!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out